MINUTE 2.34 TILL END

Friday, December 17, 2010

TAK SEMESTINYA CAKAP PASAL POLITIK, THOUGH...

Galak berdebat
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Debat secara sederhana dan ilmiah perlu digalakkan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana ia satu daripada kaedah menghasilkan golongan intelektual yang diperlukan untuk memajukan negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata aktiviti debat berupaya melatih cara berpolitik yang sihat dan beretika ketika mengemukakan pendapat.


Menurutnya, pendebat yang unggul, bijak serta beradab memiliki potensi mengganti Ahli Parlimen pada masa depan dan, sekali gus terbabit penggubalan dasar negara untuk kesejahteraan rakyat.


“Walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan idea ketika berdebat, tetapi tidak berlaku penghinaan terhadap pihak bertentangan atau kepada Speaker.


“Idea pendebat di kalangan mahasiswa banyak boleh diketengahkan dan ini yang negara mahukan iaitu golongan intelektual yang berupaya menyuarakan idea bernas secara beretika,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Akhir Debat Antara Universiti Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) 2010 di sini, semalam.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut meluahkan kekesalan dengan peristiwa kecoh kelmarin di Sidang Dewan Rakyat terakhir bagi penggal tahun ini.



“Kerajaan hormati keperluan dan peranan adanya pihak pembangkang. Bagaimanapun, sangat menyedihkan apabila Sidang Dewan Rakyat dijadikan gelanggang kata-kata kesat termasuk menghina Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia),” katanya.


Menurutnya, di dalam Parlimen ada peraturan dan kaedah lebih baik untuk menyuarakan bantahan seperti membawa usul persendirian berbanding terjerit-jerit tidak tentu hala.


Katanya, walaupun Dewan Rakyat mengamalkan demokratik, tetapi setiap Ahli Parlimen perlu mengikuti peraturan, bukan sewenang-wenangnya membawa budaya jalanan.


Sementara itu, tuan rumah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpuas hati sekadar naib juara dalam pertandingan berkenaan apabila tumpas dengan kehebatan pendebat dari Institut Pentadbiran Perniagaan, Universiti Dhaka, Bangladesh.

Wednesday, December 8, 2010

prorepublik?

Michelle ingin berlakon watak Aung San Suu Kyi


2010/12/08


Michelle Yeoh (kiri) dan Aung San Suu KyiYANGON: Aktres kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh melawat Myanmar hujung minggu ini untuk membincangkan rancangannya memegang watak utama dalam filem terbaru mengenai pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi.

Michelle, yang terkenal memegang watak perisik China di samping Pierce Brosnan dalam filem James Bond 1997, Tomorrow Never Dies menghabiskan masa Ahad lalu bersama pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu membincangkan kemungkinan memegang watak Suu Kyi dalam filem. Suu Kyi, 65, yang berkarisma, anak perempuan mendiang hero kemerdekaan Aung San dan disayangi kebanyakan rakyat Myanmar, menghabiskan 15 daripada tempoh 21 tahun dalam tahanan rumah kerana perjuangannya menentang pemerintahan diktator tentera. Beliau dibebaskan 13 November lalu selepas tempoh terbaru tahanan rumahnya tamat.

Michelle, 48, berbual dengan Suu Kyi di sebuah ruang menunggu di lapangan terbang semalam ketika pemimpin prodemokrasi itu mengucapkan selamat jalan kepada anak lelaki bongsunya, Kim Aris, 33, yang menetap di England dan dibenarkan melawat ibunya buat pertama kali dalam tempoh sedekad selepas pembebasannya.

Bekas gadis Bond itu menghabiskan sehari bersama Suu Kyi kelmarin sebagai sebahagian penyelidikan untuk filem akan datang mengenai ikon demokrasi itu, kata peguam Suu Kyi, Nyan Win. Butiran lanjut filem itu tidak diketahui.

Michelle yang turut membintangi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dilihat meneliti Daw Suu dan makan malam bersama malam kelmarin,” kata peguam itu. Daw adalah panggilan hormat.
Aktres itu, Suu Kyi dan anak lelakinya duduk bersama di bilik menunggu Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon sebelum Michelle dan anak lelaki Suu Kyi menaiki pesawat.

Suu Kyi ditahan pertama kali pada 1989 apabila Kim Aris berusia 11 tahun dan abangnya, Alexander berusia 16 tahun. Kim tiba di Myanmar 23 November lalu selepas menunggu beberapa minggu di Thailand, di mana beliau diberi visa pertama kali sejak beberapa tahun lalu. – AP/Reuters