MINUTE 2.34 TILL END

Friday, December 17, 2010

TAK SEMESTINYA CAKAP PASAL POLITIK, THOUGH...

Galak berdebat
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Debat secara sederhana dan ilmiah perlu digalakkan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana ia satu daripada kaedah menghasilkan golongan intelektual yang diperlukan untuk memajukan negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata aktiviti debat berupaya melatih cara berpolitik yang sihat dan beretika ketika mengemukakan pendapat.


Menurutnya, pendebat yang unggul, bijak serta beradab memiliki potensi mengganti Ahli Parlimen pada masa depan dan, sekali gus terbabit penggubalan dasar negara untuk kesejahteraan rakyat.


“Walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan idea ketika berdebat, tetapi tidak berlaku penghinaan terhadap pihak bertentangan atau kepada Speaker.


“Idea pendebat di kalangan mahasiswa banyak boleh diketengahkan dan ini yang negara mahukan iaitu golongan intelektual yang berupaya menyuarakan idea bernas secara beretika,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Akhir Debat Antara Universiti Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) 2010 di sini, semalam.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut meluahkan kekesalan dengan peristiwa kecoh kelmarin di Sidang Dewan Rakyat terakhir bagi penggal tahun ini.



“Kerajaan hormati keperluan dan peranan adanya pihak pembangkang. Bagaimanapun, sangat menyedihkan apabila Sidang Dewan Rakyat dijadikan gelanggang kata-kata kesat termasuk menghina Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia),” katanya.


Menurutnya, di dalam Parlimen ada peraturan dan kaedah lebih baik untuk menyuarakan bantahan seperti membawa usul persendirian berbanding terjerit-jerit tidak tentu hala.


Katanya, walaupun Dewan Rakyat mengamalkan demokratik, tetapi setiap Ahli Parlimen perlu mengikuti peraturan, bukan sewenang-wenangnya membawa budaya jalanan.


Sementara itu, tuan rumah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpuas hati sekadar naib juara dalam pertandingan berkenaan apabila tumpas dengan kehebatan pendebat dari Institut Pentadbiran Perniagaan, Universiti Dhaka, Bangladesh.

No comments:

Post a Comment